Undian Grand Final

Majlis Undian Grand Final Futsal Harian Metro dibawakan oleh AmBank akan berlangsung Rabu ini jam 3 petang di Balai Berita, Bangsar. Karnival Futsal Harian Metro di bawa oleh AmBank Zon Timur musim ini menyaksikan sebanyak 131 pasukan Terbuka Lelaki untuk merebut tiket ke Grand Final di Kuantan Futsal Centre, bermula Jumaat.
ABY Team, Casper ‘B’,Kelab Belia Chendering, Jalal FC, UD Team Kemaman, Gelombang ‘A’, Gelombang ‘B’ dan Dani FCD berjaya menempatkan diri ke Grand Final September depan manakala empat daripadanya akan berentap di separuh akhir sekali gus merebut kejuaraan Zon Timur.
Setakat ini, 24 pasukan sudah mengibarkan cabaran awal layak ke Grand Final selepas lapan pasukan berjaya di tiga zon sebelum ini, Zon Tengah 1, Zon Utara dan Zon Selatan.
Bagi saingan kali ini, penganjur menerima 220 penyertaan pasukan keseluruhan Wanita, 24, dan Lelaki bawah 17 tahun sebanyak 65.

Kredit gambar keputusan sepenuh kepada: Harian Metro







